Siakap Keli

TERKINI: KKM Kesan Dua Lagi Kluster Baharu Termasuk Kluster Bukit Tiram

Menerusi maklumat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai perkembangan harian Covid-19 di negara kita, terdapat pertambahan lagi dua kluster baharu hari ini.

Kluster baharu tersebut termasuklah Kluster Bukit Tiram dan Kluster Syarikat Pembinaan Kuching.

Perincian tentang kluster baharu

Kluster Bukit Tiram telah melibatkan dua kes baharu iaitu dua kes bukan warganegara. Manakala kes Kluster di Syarikat Pembinaan Kuching melibatkan kontak rapat dengan kes 8881 dan warganegara.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang