Siakap Keli

Abang Nasi Lemak Belakang Petronas USJ 14 Yang Pernah Viral Sudah Meninggal Dunia

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai sekeping gambar seorang penjual nasi lemak yang menyusun bahan seperti timun, telur dan ikan dengan penuh teliti sehingga menarik perhatian ramai warganet pada Mac lalu.

Rata-ratanya tertarik dengan kegigihan peniaga berkenaan yang menyusun bahan tersebut selain gerai nasi lemak yang kemas dan bersih.

Malah, nasi lemak tersebut turut dipuji kerana dijual dengan harga yang berpatutan walau dalam kuantiti yang banyak.

Tersusun semua, puas hati beli!

Namun, menerusi perkongsian terbaharu oleh individu berkenaan, peniaga tersebut yang dikenali sebagai Abang Rino telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini kerana mengalami sakit jantung.

Berita tersebut ternyata mengejutkan ramai netizen. Rata-ratanya dilihat membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan takziah di atas pemergian Abang Rino selain merindui nasi lemaknya.

Sedekahkan Al-fatihah, Abang Rino telah kembali ke rahmatullah

Arwah sakit jantung

Tak sempat rasa nasi lemak

Semoga arwah ditempatkan di dalam kalangan orang beriman

Pastinya ramai yang akan merindui legasi nasi lemak arwah. Semoga arwah ditempatkan di dalam kalangan orang beriman. Amin!

Sumber: Twitter @HilfaAkmal

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.