Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

COVID-19: Enam Negeri Termasuk Perlis Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Kenyataan Akhbar  KPK Situasi Semasa Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia memaparkan bahawa terdapat 6 negeri yang mencatatkan pertambahan kes Covid-19 pada hari ini (29 Julai 2020).

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan, negeri yang mencatatkan kes Covid-19 baharu pada hari ini ialah Perlis, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.

Menerusi maklumat tersebut, Perlis mencatatkan pertambahan sebanyak 1 kes, Selangor sebanyak 2 kes, W.P Kuala Lumpur pula sebanyak 6 kes, Johor dan Sabah sebanyak 3 kes, manakala Sarawak pula sebanyak 2 kes.

Kesemua 13 kes positif yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 8,956 kes secara keseluruhannya.

Menurut kenyataan tersebut, daripada 13 kes yang dilaporkan hari ini, 8 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 4 warganegara Malaysia dan 4 bukan warganegara. Daripada 5 kes penularan di dalam negara pula, 3 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan 2 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Perincian bagi 13 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah seperti berikut:

 

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah pencegahan dan kekal mematuhi pada SOP yang dikeluarkan kerajaan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti virus maut ini.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa