Siakap Keli
Gambar: Bernama

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Perlahan

KUALA LUMPUR, 30 Julai  — Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama didapati perlahan petang ini, berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidiladha esok.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata setakat 6 petang ini, bagi perjalanan ke utara, aliran trafik dilaporkan tinggi Rawang (Selatan) ke Sungai Buaya, Behrang ke Bidor, Tapah ke Gopeng dan Jelapang ke terowong Menora.

Menurutnya, trafik turut dilaporkan perlahan selepas terowong Menora ke Sungai Perak. Kuala Kangsar ke Changkat Jering, Alor Pongsu ke Bandar Baharu, Jawi ke Bandar Cassia dan Juru ke Plaza Tol Sungai Dua berikutan pertambahan jumlah kenderaan di lebuh raya.

“Laluan Southville City ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Bandar Ainsdale ke Port Dickson, Port Dickson ke Hentian Senawang dan Skudai ke Senai Utara turut dilaporkan perlahan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di 4.3kilometer (km) sebelum terowong Genting Sempah ke R&R Genting Sempah dilaporkan perlahan.

Katanya, beberapa kawasan seperti di 2.1km dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi, 2.2km dari Bukit Tinggi ke Lentang dan 5.7km dari Lentang ke Bentong turut mengalami aliran trafik perlahan petang ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.