Siakap Keli

Kemaskini Aplikasi MySejahtera Sekarang, Dah Boleh Tengok Sejarah Premis Yang Anda Daftar Masuk

Semua sedia maklum bahawa aplikasi MySejahtera ditubuhkan untuk memberi sejumlah maklumat mengenai Covid-19. Bukan itu sahaja, orang ramai dapat menilaikan secara kendiri berkaitan penyakit tersebut.

Sepanjang pengenalannya kepada masyarakat, ia sangat mudah untuk digunakan dan kerajaan juga dapat mengesan kontak rapat melalui aplikasi ini.

Terbaru, aplikasi MySejahtera ini telah dikemaskini versi 1.0.23. Orang ramai boleh memuat turun dan kemaskini sekarang.

Antara fungsi terbaru aplikasi iin adalah ‘sejarah’ iaitu dapat melihat rekod yang lepas dan check in yang boleh dilihat oleh pengguna atau apabila diminta oleh peguatkuasa.

Pesanan ini daripada CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia, imbas Kod QR MySejahtera menggunakan pengimbas Kod QR dalam aplikasi MySejahtera untuk melihat sejarah checkin anda sekarang.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang