Siakap Keli
covid-19 filipina
Kredit: Google

4,000 Kes Baru Sehari & Dua Hospital Terbesar Terpaksa Ditutup Sementara, Doktor Gesa Kerajaan Filipina Buat ‘Lockdown’

Barisan doktor di Filipina menggesa kerajaan negara itu untuk mengenakan perintah berkurung di Manila susulan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak.

Menurut The Guardian, negara itu merekodkan lebih 4,000 kes COVID-19 selama dua hari berturut-turut dalam tempoh dua hari lalu.

Malah, dua buah hospital terbesar di Manila terpaksa ditutup buat sementara waktu berikutan wabak berkenaan menjangkiti petugas kesihatan.

Banyak hospital dilaporkan penuh dan tidak dapat menampung pesakit baru.

“Petugas kesihatan kami mengalami keletihan dengan jumlah pesakit yang kelihatan tidak berkesudahan berbondong-bondong ke hospital kami,” kata Jose Santiago, presiden Persatuan Perubatan Filipina.

“Kami sedang kalah dalam pertempuran melawan COVID-19 dan kita perlu susun pelan tindakan yang kukuh dan muktamad,” katanya.

Berdasarkan laporan COVID-19 oleh Asean Briefing, Filipina mencatatkan 4,963 kes baru COVID-19 dan 17 kematian semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 98,232 kes dan 2,039 kematian.

Terdahulu, negara itu mencatatkan 4,063 kes baru dan 40 kematian pada 31 Julai. Peningkatan ini menjadikan Filipina negara kedua paling teruk terkesan COVID-19 di Asia Tenggara selepas Indonesia yang mempunyai lebih 108,000 kes setakat ini.

Sumber: The Guardian, Asean Briefing

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.