Siakap Keli

(Video) Hasrat Pengantin Rakam Detik Indah Terbantut, Lari Selamatkan Diri Terkesan Impak Letupan

Hasrat sepasang pengantin baharu untuk merakam detik indah bersempena perkahwinan mereka terbantut selepas sebuah gudang di Beirut meletup.

Berdasarkan satu rakaman video berdurasi 19 saat yang dimuat naik oleh pemilik Twitter StanceGrounded ini, juruvideo tersebut pada awalnya sedang menjalankan tugasnya merakam ‘footage’ pengantin perempuan.

Tiba-tiba letupan dari gudang berkenaan meledak hingga ke kawasan mereka, mengakibatkan pengantin beserta kru penggambaran rakaman tersebut bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Memetik laporan media antarabangsa, tragedi tersebut dipercayai berkemungkinan berpunca daripada 2,750 tan ammnonium nitrat yang digunakan sebagai baja pertanian disimpan di gudang itu sejak bertahun lamanya meletup semalam.

Bagaimanapun, punca sebenar letupan melibatkan bahan tersebut masih belum dikenal pasti.

Sumber: StanceGrounded

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa