Siakap Keli

Pulau Pinang Dan Perlis Catat Kes Positif Baharu Dari Kluster PUI Sivagangga, 10 Kes Di Kangar

Tiga negeri di utara tanah air iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dijangkiti Kluster PUI Sivagangga dengan Perlis mencatatkan taburan kes tertinggi pada hari ini iaitu 10 kes, Kedah dan Pulau Pinang masing-masing satu (1) kes.

Menerusi perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat ini seramai 3,246 individu telah disaring dan 43 daripadanya adalah positif dengan 883 lagi masih menunggu keputusan. Manakala, baki 2,320 adalah negatif.

Antara daerah yang terlibat ialah, Kubang Pasu, Padang Terap, Kulim, Kangar dan Seberang Perai Selatan.

Kes indeks Kluster Sivagangga menular selepas seorang pemastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu dan perlu menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), namun tidak mematuhi syarat perintah itu.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.