Siakap Keli

(Video) Gempa Terkuat Sejak 100 Tahun, Detik Cemas ‘Digoncang’ Dirakam Penduduk Di North Carolina

Gempa kuat menggoncang North Carolina, Amerika Syarikat semalam (9/8/2020) dikatakan antara yang terkuat sejak 100 tahun.

Jabatan Cuaca Nasional di Greenville memberitahu bahawa gempa berkekuatan 5.1 magnitud terjadi pada jam 8.07 dengan beberapa susulan gempa kecil beberapa jam sebelum itu.

Walau bagaimanapun, tiada laporan korban jiwa setakat ini.

Penduduk tempatan dalam pada itu turut berkongsi detik cemas ketika berdepan bencana tersebut melalui media sosial.

Media tempatan dalam pada itu memberitahu peluang bagi gempa susulan sama kuat mungkin akan terjadi lebih besar sekitar 1 persen.

Alleghani County, ketua wilayah Sparta telah mengumumkan darurat minggu lalu sebaik bencana yang menimpa negara terbabit.

Gempa itu juga dirasakan di negara-negara bahagian sekitar termasuk, Virgunia, South Carolina dan Tennessee.

Sumber: Twitter, Kompas.com, NY Daily News

Nur Farra