Siakap Keli
Gambar: Bernama

Isu Perjudian Sungai Buloh: Tiada Kompromi, Polis Akan Siasat Dakwaan Seadil-Adilnya – Ketua Polis Negara

Polis akan menyiasat dakwaan yang dibuat oleh seorang peniaga burger berkenaan dakwaan kegiatan pusat perjudian di Sungai Buloh seadil-adilnya tanpa kompromi, lapor Bernama.

Beberapa hari kebelakangan ini, kecoh di media sosial mengenai satu dakwaan terdapat aktiviti perjudian di salah satu kawasan di Sungai Buloh.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador melalui ciapan akaun Twitter Bernama, beliau menegaskan bahawa pegawai serta anggota polis yang mendedahkan identiti pemberi maklumat kes jenayah bakal dikenakan tindakan di bawah Kanun Keseksaan.

Selain daripada itu juga, rombakan dalaman juga turut dilaporkan akan dilakukan sejurus selepas siasatan selesai dijalankan.

Tambahnya lagi, Bukit Aman juga telah memulakan siasatan berkenaan kes perjudian di Sungai Buloh itu sebelum ianya menjadi tular di media sosial.

Maklumat lanjut bakal menyusul.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa