Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Lelaki Didakwa Tergamak Pukul Anak Berusia 40 Hari Hingga Mati Selepas Ditegur Isteri Dan ‘Permintaannya’ Ditolak

Seorang lelaki di Lampung , Indonesia, dilaporkan sanggup membunuh bayinya yang berusia 40 hari kerana berang isterinya menolak pelawaannya untuk melakukan hubungan seks, lapor Tribun News.

Suspek juga dipercayai pernah ditegur oleh isterinya kerana mencium bayi mereka sambil sedang merokok.

Ia telah menyebabkan suspek tidak berpuas hati dan mencekik leher bayinya itu semasa isterinya berada di dapur.

Mendengar tangisan anaknya, isterinya mengambil bayi tersebut dan memarahi suaminya. Dia juga menenangkan bayinya sambil memberikan susu.

Tidak lama selepas itu, pergaduhan di antara pasangan suami isteri itu berlaku lagi setelah si isteri menolak permintaan suspek untuk melakukan hubungan seks.

Isterinya mengatakan bahawa dia tidak boleh memenuhi keinginan suaminya kerana baru 40 hari selepas bersalin.

“Suspek marah dan telah mendera anak kandungnya yang masih digendong oleh isterinya,” kata Ketua Polis Way Kanan, AKBP Binsar Manurung.

Dalam pada itu, isterinya juga berusaha untuk melindungi bayi tersebut dengan membelakangi suspek namun suspek terus menerus memukul hingga terkena belakang kepala mangsa.

Si isteri lalu melarikan diri untuk mengelak dari amukan suaminya sambil berteriak meminta pertolongan namun suspek menarik kaki si bayi sambil tetap memukulnya.

Wanita itu kemudiannya meletakkan bayi itu di lantai agar dia boleh menarik tangan suspek dan menjauhkannya dari anaknya itu.

Pun begitu, bayi itu telah berhenti menangis dan wajahnya pucat serta mengalami sesak nafas. Mangsa meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Sumber: Tribun News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa