Siakap Keli

(Video) “Mereka Akan Pastikan Semua Dapat,” Ikan Piranha Dengan Rakus ‘Ragut’ Makanan Diberikan

Pasti ramai di antara kita yang tidak pernah menyaksikan bagaimana ikan piranha yang ditakuti kebanyakan manusia makan makanan yang berupa daging sehingga licin.

Menerusi perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok bernama @bcazxy, dia telah merakam dan memuat naik video berkenaan ikan piranha yang dibelanya dengan rakus ‘meragut’ daging-daging yang diberikannya.

Dalam video pertama yang dimuat naiknya, dia menunjukkan apa yang akan terjadi sejurus selepas dia meletakkan kepingan isi ayam ke dalam akuarium yang dihuni oleh ikan piranha yang dibelanya.

@bcazxy

Bone apple meat #fyp

♬ original sound – bcazxy

Video yang kedua pula, pengguna TikTok itu meletakkan ayam yang bertulang ke dalam akuariumnya. Menurutnya, ikan piranha ini mempunyai sifat dimana mereka akan memastikan bahawa kesemua ikan di dalam kumpulan itu dapat  makan.

Mereka akan menggigit daging ayam itu sekali sahaja dan kemudiannya akan memberi ruang kepada ikan yang lain untuk menggigit dan merasai makanan yang diberikan itu.

Dakwanya lagi, ikan piranha juga tidak akan makan benda yang masih bernyawa. Ianya hanya akan makan benda yang sudah tidak bernyawa.

@bcazxy

What should I feed them next?? #fyp

♬ original sound – bcazxy

Video ketiga pula, dia memaparkan bahawa apabila dia meletakkan tangannya di dalam akuarium tersebut, ikan piranha itu langsung tidak mahu mendekatinya walaupun dia mengalihkan tangannya itu ke arah kumpulan ikan piranha tersebut.

Menurutnya juga, ikan piranha ini mempunyai sifat cemas dan takut. Disebabkan itulah, ikan piranha itu dapat dilihat cuba menjauhkan diri mereka daripada tangan tuannya itu.

@bcazxy

I hope this clears things up #fyp

♬ original sound – bcazxy

Bagi membuktikan bahawa ikan piranha ini tidak akan memakan benda yang masih bernyawa, dia telah meletakkan seekor ikan emas ke dalam akuarium tersebut. Seperti ramai yang tidak jangka, ikan emas itu kekal hidup dan bebas berenang di dalam akuarium terbabit.

@bcazxy

The long awaited gold fish feeding #fyp

♬ original sound – bcazxy

Video-video yang dikongsikan olehnya telah menjadi tular di media sosial. Rata-ratanya telah mendapat jutaan tontonan daripada warganet yang ingin tahu berkenaan ikan piranha ini.

Sumber: @bcazxy

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa