Siakap Keli

Seharian Hadap Skrin Gajet, Komputer & Tv, Amalkan Petua ‘20.20.20’ Ini Elak Mata Rosak

Tidak dinafikan, di era teknologi kini sebarang kerja mahupun aktiviti harian menuntut kita untuk bergantung pada internet.

Apabila sudah berhubung dengan internet, semestinya peralatan yang digunakan adalah gajet seperti telefon pintar, komputer mahupun televisyen.

Gaya hidup masa kini yang banyak menggunakan hujung jari di atas skrin sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada mata kita.

Justeru, Public Health Malaysia (PHM) berkongsi satu tips bagaimana mahu ‘merawat’ semula mata kita agar dapat mengelak daripada terkena kesan sampingan seperti rabun, buta dan sebagainya.

Gambar sekadar hiasan.

Kebanyakan pekerjaan hari ini memerlukan anda untuk menggunakan komputer sepanjang hari.

Selepas bekerja, mata fokus ke telefon pintar. Balik ke rumah, mata di tumpukan ke TV pula.

Ini menyebabkan mata terdedah kepada “sinaran biru” sepanjang hari termasuk di waktu malam.

Sinaran biru ini telah di ketahui mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan.

☑️ Menjejaskan waktu tidur dan menyebabkan memori dan ingatan anda terganggu

☑️ Merosakkan retina dan menjejaskan penglihatan

☑️ Mungkin boleh menyebabkan katarak

☑️ Mengganggu pembelajaran

☑️ Risiko kegemukan, kanser dan kemurungan

Antara saranan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengamalkan tips 20.20.20.

☑️ Setiap 20 minit, hentikan melihat skrin komputer, telefon dan TV

☑️ Lihat objek sejauh 20 kaki

☑️ Selama 20 saat

Gambar: PHM

Sumber: Public Health Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.