Siakap Keli
Gambar: Zulkarnan Abdul

Tips Dari Mula Sampai Akhir Cara Nak Bawa Basikal “Travel” Ke Luar Negara

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam tempoh melancong atau mengembara, sudah tentu ada sebahagian daripada kita yang gemar ‘menghabiskan’ masa di atas jalan semata-mata mahu menikmati suasana di negara orang.

Ada banyak cara untuk kita; pengembara atau pelancong untuk bersiar-siar melewati kawasan yang dilawati itu, salah satunya dengan menaiki basikal.

Namun, adakah anda tahu bagaimanakah caranya kita nak bawa basikal ke negara tersebut melalui kapal terbang?

Jangan risau, individu bernama Zulkarnan Abdul ini telah menjelaskan segala-galanya. Mari ikuti perkongsian panjang di bawah ini.

Gambar: Zulkarnan Abdul

BAGAIMANA MEMBAWA BASIKAL KESAYANGAN ANDA MELANCONG BERSAMA?

Mungkin ada yang menganggap membawa basikal melancong ke pulau-pulau atau ke luar negara adalah suatu yang sukar. Tetapi cabaran ini adalah memang berbaloi.

Bila anda sudah berjaya membawa basikal anda melancong dan berselfie bersama-samanya, anda boleh berasa megah tetapi bersyukur, dan boleh katakan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang basikal anda telah berbakti dengan setia.

Sekali lagi dengan rendah diri izinkan saya berkongsi tip-tip melancong bersama basikal dengan lebih terperinci sedikit berbanding post saya sebelum ini, pengalaman dan kesilapan yang telah saya hadapi:-

Gambar: Zulkarnan Abdul

TIP #1 – BELILAH BEG BASIKAL (BIKE CASE) YANG TERBAIK YANG ANDA MAMPU

Pada mulanya saya ingatkan pelaburan ini tidak berbaloi sebab mungkin pakai sekali dua sahaja. Tapi strategi ini amat berbaloi dan pelaburan ini adalah satu yang mungkin lebih baik dari membeli wheelset 2-3 jenis.

Saya pernah menyewa, hanya beberapa ratus ringgit untuk seminggu, jenis EVOC, tetapi masalah beg basikal ini adalah ia hanya mempunyai 2 roda dan kita terpaksa tarik beg ke mana jua.

Kalau beg basikal dan basikal anda seberat 30kg, rasa macam nak patah juga pinggang kalau airport besar. EVOC juga bermasalah sebab SOFT CASE, bukan HARD CASE, jadi ada risiko jika terhempas atau ditindih dengan benda berat dalam kargo.

Begitu juga brand popular seperi SCICON, kebanyakkannya soft case. Saya sendiri pernah melihat seorang atlit dari Colombia menangis untuk event Powerman di Germany kerana frame basikalnya “crack” atau retak.

Gambar: Zulkarnan Abdul

Bagi saya, HARD BIKE CASE yang harganya berpatutan dan bagus kualitinya adalah BONZA BIKE CASE. Boleh layari https://bonzabikekit.com/ .

Saya dapat harga diskaun melalui ProBikeKit UK pada harga lebih kurang USD370 atau (RM1480). Saya bukan ejen BONZA, mungkin juga ada lagi brand-brand yang bagus.

Yang pentingnya, buat penyelidikan rapi dan laburlah dalam beg basikal yang bagus sebab basikal anda adalah bernilai.

Dengan beg basikal yang bagus, saya mudah untuk melancong bersama basikal. Contohnya ke Langkawi, naik AirAsia dan sewa kereta di pulau, lepas tu bolehlah solo ride pulau bila-bila masa sahaja.

TIP #2 – JANGAN TAKUT BUKA KOMPONEN BASIKAL ANDA

Di zaman teknologi ini, ilmu boleh didapati di mana-mana sahaja asalkan ada kemahuan. Terutamanya kita boleh mempelajari melalui YOUTUBE. Tentu ada rider-rider di sini seperti saya belajar dari Global Cycling Network (GCN).

Untuk masukkan basikal ke dalam beg, anda kena tahu bagaimana membuka tayar depan dan belakang, handlebar dan seatpost. Ada juga rider takut nak buka tayar belakang takut lari tuning, tapi jangan risau, kesannya sedikit sahaja.

Kalau takut juga, bawa sahaja basikal anda ke kedai basikal yang anda percayai dan minta perkhidmatan mereka dan bila dah sampai ke destinasi boleh juga ke kedai untuk pasang semula.

Tapi bila dah yakin nanti, belajar-belajarlah buka basikal dan belajar juga servis sendiri, mulakan dengan servis rantai dan cassete.

Gambar: Zulkarnan Abdul

TIP #3 – BOLEH SIMPAN DI STOR AIRPORT DAN STESEN KERETAPI

Di luar negara Eropah seperti di Italy, banyak perkhidmatan simpanan basikal di airport atau di stesen-stesen keretapi utama. Di Marco Polo Airport di Venice, Italy, perkhidmatan penyimpanan basikal hanya EURO14 (RM70) untuk 24 jam.

Sila lihat gambar Deposito Bagagli di https://vertoe.com/luggage-storage/venice/marco-polo-airportBoleh juga tempah secara online.

Mereka beroperasi secara profesional, di mana beg akan di “scan”, ditandakan dan anda diberi tiket untuk mengambil semula basikal anda. Begitu juga bila anda mengembara melalui keretapi di negara Eropah yang lain, ada tempat penyimpanan basikal dan bagasi.

Gambar: Zulkarnan Abdul

TIP #4 – SEWALAH KERETA JIKA INGIN MELANCONG DI BANYAK LOKASI DALAM SESEBUAH NEGARA

Seperti di Italy, saya telah mengembara dari Venice sehinggalah ke Rome. Jadi saya telah menyewa sebuah kereta yang mana seat belakangnya boleh diturunkan.

Walaupun pertama kali memandu di Eropah di sebelah kiri (left hand drive), tapi lebuhraya di sana sangat teratur dan mudah di fahami. Terima kasih juga kepada GPS (Google Maps atau Waze).

Cuma di Venice sahaja saya menyimpan di airport kerana bandar terapung ini banyak tangga dan dihadkan memandu dalam bandar Venice, selepas Venice, basikal saya di bawa kemana sahaja dalam kereta untuk destinasi yang lain.

Kalau yang tak biasa memantu di Italy dan memandu di belah kiri, tontonlah Youtube seperti https://www.youtube.com/watch?v=N8wtbnFIwig&list=RDQM_nZ-65ssCbM&start_radio=1dan bagi simulasi memandu boleh tonton https://www.youtube.com/watch?v=mIWUXtzqAkU.

Tempahan kereta yang murah boleh didapati dalam banyak laman web termasuk RentalCars.com . Jangan lupa kita kena ada permit memandu antarabangsa.

Gambar: Zulkarnan Abdul

Bukan lesen, permit yea. Saya sarankan, dapatkan insurans semasa menempah kereta di sana. Ejen kereta sewa akan menasihati anda coverage yang sesuai.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit kesilapan saya. Walaupun RentalCars adalah orang tengah, kereta yang disewa adalah disediakan oleh penyewa kereta seperti Budget, Eurpocar dan Avis.

Harga penyewa kenderaan ini sedikit mahal dari penyewa yang lain tapi mereka profesional. Kesilapan saya adalah menyewa mengikut harga yang paling murah contoh LOCAUTO.

Walaupun saya sudah terbaca review yang ramai pelanggan tidak berpuas hati dengan syarikat ini, tetapi saya menempah dengan LOCAUTO kerana harganya dan keretanya sesuai untuk budget saya.

Tetapi malangnya, di kaunter pelanggan, kad kredit saya tidak diterima kerana hanya nama saya sahaja tertera pada kad, bukan nama penuh. Saya amat pelik dengan polisi ini, mungkin pegawai tu mencurigai saya sebab dari negara Asia, tetapi bila bertanya kepada kaunter ejen yang lain, semuanya takde masalah menerima kad kredit saya.

Akhirnya saya terpaksa menyewa dari Europcar, saya diberi pilihan samada kereta Renault atau Mercedes A Class, agaknya mana yang saya pilih? Hahaha mestilah A Class kan. Nasib baik juga, saya dapat refund dari RentalCars.com kerana bukan salah saya.

Gambar: Zulkarnan Abdul

TIP #5 – ALAT-ALAT YANG TAK PERLU DIBAWA DAN KESELAMATAN

Seperti penerbangan menggunakan Qatar Airways, begitu juga Emirates dan sebagainya, berat bagasi yang dibenarkan adalah 30kg. Jadi basikal boleh dibawa tanpa bayar lebih, asalkan jumlah berat bagasi dan basikal yang dimasukkan ke dalam kargo tidak melebihi 30kg.

Ini tidak termasuk berat bagasi tangan atau hand luggage (10kg) yang boleh dibawa masuk dalam kabin. Jadi jika anda melancong bersama pasangan (suami/isteri), anda mendapat jumlah 60kg untuk bagasi dan basikal anda.

Gambar: Zulkarnan Abdul

Tapi ini mencabar juga kalau isteri suka shopping. Nasib baiklah basikal saya seberat 6.89kg sahaja. Jadi barang bahaya seperti CO2 janganlah di bawa, power gel pun bawalah sikit aje.

Jika di GFNY ITALIA, free aje power gel ni disetiap pitstop/rest area. Jangan lupa juga, di airport, balut atau wrap beg basikal anda, kalau ada bubble wrap lagi bagus.

Di Airport Rome, wrapping service nya lengkap dengan teknologi tracing, jadi anda dapat menjejaki di mana beg basikal anda berada, samada ke destinasi lain atau destinasi sama hahaha jangan peristiwa ini berlaku.  Wrapping ini supaya basikal anda dan beg basikal anda lebih mendapat perlindungan.

Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jika lepas COVID-19 ni nak melancong bersama basikal kesayangan, roger2 lah saya.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Gambar: Zulkarnan Abdul

Sumber: Zulkarnan Abdul

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.