Siakap Keli

“Silalah Berniaga..” Makcik Ini Terharu Menteri ‘Restu’ Dia Berniaga Kuih Akok Nak Sara Anak-Anak Belajar Di Universiti

Ekonomi zaman kini boleh dikatakan agak mencabar apabila peluang kerjaya semakin sukar didapati, banyak syarikat terpaksa dikecilkan operasi malah ada kilang yang ditutup.

Tambahan pula pandemik COVID-19 di seluruh dunia menambahkan lagi rasa beban ke atas manusia untuk menempuhi hidup pada hari-hari mendatang.

Jadi, tidak dapat tidak masing-masing perlu berusaha lebih untuk menyara anak-anak dan keluarga, hatta berniaga kuih di tepi jalan sekalipun.

Boleh dikatakan situasi ini dirasai oleh hampir kebanyakan marhaen, khususnya golongan B40 yang menetap di bandar, termasuklah seorang ‘makcik’ dalam kisah di Twitter menteri ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkongsi satu ciapan di Twitter tentang seorang individu yang memohon kelulusan lesen berniaga daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pada awalnya, makcik tersebut menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp, menjelaskan tentang keadaan sebenar keluarga dan sebab-sebab perlu berniaga.

Gambar: Twitter

Menerusi WhatsApp itu juga, makcik itu turut melampirkan sekali ‘koleksi’ jualan kuih Akoknya.

Gambar: Twitter

Namun selepas permohonan ditujukan, Annuar menunjukkan kepingan surat kelulusan permohonan lesen niaga di bawah DBKL.

Difahamkan, lesen yang diperolehi adalah lesen sementara yang aktif bagi tempoh enam bulan.

Gambar: Twitter
Gambar: Twitter

Terima kasih Tan Sri Annuar Musa atas kelulusan permohonan lesen niaga yang diberikan melalui DBKL itu.

Semoga peluang berniaga secara sah dan berlesen itu dapat membantu mengurangkan beban makcik sekeluarga tersebut, sekaligus mampu memulihkan semula ekonomi mereka.

Sumber: Tan Sri Annuar Musa

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.