Siakap Keli
Gambar: Twitter

Tular ‘Predator’ Tolak Motor Sebab Habis Minyak, Lelaki Ini Dedah Bapanya Buat Dua Kerja Untuk Sara Keluarga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pendiam dan tegas, itulah yang sering dilihat pada seorang bapa namun percayalah  kasih sayang mereka kepada anak-anak melebihi segalanya dan tidak dapat untuk dihuraikan dengan kata-kata.

Sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak, pengorbanan mereka sememangnya tidak akan pernah terbelah bahagi.

Menelusuri kisah mengenai pengorbanan bapa, Arep Shapek melalui laman Twitter miliknya berkongsi mengenai ayahnya yang melakukan dua kerja demi mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.

Menerusi ciapan yang dimuatnaik olehnya, Arep berkata bahawa ayahnya telah bersara dan kini mencari rezeki dengan meniaga ayam gunting yang terletak di depan Hospital Pulau Pinang.

Lebih menarik, ayahnya juga memakai kostum predator bagi menjana pendapatan sampingan sebagai penghibur.

Ciapannya itu juga adalah reaksi kepada sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter lain. Menerusi video itu, seorang predator yang merupakan ayah kepada Arep dilihat sedang menolak motosikalnya kerana telah kehabisan minyak.

Dalam satu video lain juga, ayah Arep dilihat sedang menghiburkan orang ramai ketika sedang memakai kostum predator.

Arep turut mendoakan semoga ayahnya terus kuat dalam mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.

Sumber: Arep_shapek

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa