Siakap Keli

Ramai Yang Keliru, Ini Perbezaan Hukuman Penjara Seumur Hidup Dan Seumur Hayat

Pasti ramai yang pernah mendengar mengenai hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap pesalah di mana melibatkan hukuman penjara seumur hidup dan sepanjang hayat.

Sekilas pandang, pasti kita merasakan kedua-dua hukuman yang dijatuhkan adalah sama kepada banduan iaitu meringkuk di dalam tahanan penjara sehingga ke akhir hayat mereka.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya kedua-dua hukuman penjara ‘seumur hayat’ dan ‘seumur hidup’ rupa-rupanya membawa maksud yang berbeza.

Menerusi maklumat di Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia, maksud bagi banduan seumur hayat dan seumur hidup adalah seperti berikut:

Banduan seumur hayat:

Banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat dan tiada tarikh bebas kecuali mereka mendapat pengampunan atau peringanan hukuman dari Yang di Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di Pertua Negeri di mana kesalahan tersebut dilakukan.

Banduan seumur hidup

Banduan yang dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun atau 30 tahun.

Berikut adalah kategori-kategori lain banduan yang ada di Malaysia:

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.