Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI: Kesemua 5 Kes Baharu Hari Ini Melibatkan Warganegara Malaysia Termasuk 2 Kes Import

Sebanyak 5  kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 9,296 kes setakat Khamis (27 Ogos 2020), jam 12 tengahari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah menurun kepada 177 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital.

Daripada 5 kes baharu dilaporkan, dua kes adalah kes import melibatkan warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan diluar negara iaitu Filipina dan Mesir.

Manakala, tiga kes merupakan penularan tempatan juga melibatkan warganegara Malaysia yang dilaporkan di negeri Melaka iaitu saringan sebelum pembedahan dan saringan bergejala.

Selain itu, terdapat lapan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana enam kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pesakit yang sembuh juga telah meningkat sebanyak 16 orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang sembuh adalah seramai 8,994 kes.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di negara ini di mana jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 125 kes atau 1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber:  KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.