Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

“Tu Akhirnya Nak Pegang Pensil Pun Jadi Kekok,” Doktor Ini Kongsikan 9 Latihan Untuk Kuatkan Otot Jari Dan Tangan Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu bapa mempunyai peranan yang penting dalam membantu proses pembesaran anak-anak. Diakui bukan mudah, ia memerlukan pelbagai pengorbanan sama ada dari segi kewangan atau masa.

Pun begitu, ibu bapa perlu mengambil pendekatan yang terbaik untuk mengenal anak-anak dan serta potensi yang ada dalam diri mereka. Bukan itu sahaja, di era yang dipenuhi dengan teknologi dan gajet ini, ibu bapa perlu lebih peka mengenai perkembangan pembelajaran mereka.

Perkongsian yang dimuatnaik oleh Dr Luqman Bukhari ini merungkai mengenai 9 cara untuk melatih anak-anak melakukan aktiviti yang boleh kuatkan otot-otot jari dan tangan bagi membantu perkembangan motor skills mereka. Ikuti perkongsian di bawah ini.

Kesian weh bila tengok anak kecil yang terpaksa struggle dan jadi stress bila masuk alam persekolahan.

Kawan-kawan sebaya elok je belajar menulis, membaca dan melukis tapi yang sorang ni masih terkial-terkial lagi nak pegang pensil dengan baik.

Benda ni sebenarnya dah jadi problem satu dunia sekarang ni.

Kalau ikutkan kenyataan daripada Ketua Paediatrik Terapi Carakerja (Occupational Therapist) di Heart of England Foundation, Sally Payne, ramai kanak-kanak pada hari ni memiliki masalah lemah otot tangan berbanding 10 tahun lepas.

Kaji punya kaji, rupanya sebahagian masalah tu puncanya sebab anak-anak tu terbiar bebas menggunakan gajet tanpa kawalan hinggakan fine and gross motor skills mereka tak berkembang.

Tu yang akhirnya nak genggam pensil atau pen pun jadi kekok.

Sebab tu kita semua mak ayah ni wajib jadi lebih kreatif sekarang ni.

Mana yang ada anak kecil berusia 2-3 tahun, selain kita control penggunaan gajet tadi, kena jugak encourage mereka supaya selalu lakukan aktiviti yang boleh kuatkan otot-otot jari dan tangan.

Ini saya kongsikan 9 ‘games’ atau aktiviti mudah yang boleh si comel tu mainkan kat rumah.

#1. Ajak mereka masukkan syiling ke dalam tabung.

#2. Ambil botol yang ada penutup. Ajarkan anak kita untuk buka penutup botol tu dan kemudian tutupkan balik.

#3. Boleh jugak gunakan beg, seluar atau sweater yang berzip. Suruh si kecil tu main lock dan buka balik zip tu berulang kali.

#4. Kalau kat luar rumah tu ada pokok kari ke atau pokok berdaun kecil yang lain, dapatkan sebatang dahan yang kecil.

Minta dia cabut helaian daun kari tu satu persatu.

#5. Masa mandi kat bilik air, ajar dia untuk picit sendiri ubat gigi kat atas berus gigi.

Latih benda ni sampailah si comel tu mampu nak kawal kuantiti ubat gigi yang dipicit.

#6. Pergi kat laman rumah, kutip batu-batu kecil dan susun biar jadi bentuk yang menarik.

#7. Ajak dia main buka butang baju yang bersaiz besar.

#8. Sesekali joinlah dia main plasticin. Kita pakat gelek buat doh bentuk panjang-panjang.

#9. Waktu makan, berilah dia peluang untuk gunakan susu dan pinggan sendiri.

Galakkan supaya suap sendiri. Terabur sikit pun tak apa. Tu semua latihan untuk kuatkan otot jari dan tangan dia.

Games ni semua simple je.

Tapi kalau anak kita selalu buat, sampai masanya nanti dia akan mampu untuk menulis dan melukis dengan baik sebab waktu tu dia dah miliki kemahiran finger muscle control yang sangat bagus.

Tolong #share ilmu penting ni dengan mak ayah yang lain jugak ye.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Jemput follow FB ni dan join channel telegram saya sekali 👉 t.me/notaALB.

Ada banyak ilmu best untuk perkembangan anak kecil yang saya nak share lagi nanti.

#notaDrALB

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa