Siakap Keli
Gambar: Facebook/Rentaka Melayu

Lelaki 50 Tahun Maut Dipercayai Terjatuh Atas Bumbung Lif

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Seorang lelaki berusia 50 tahun maut dipercayai terjatuh di atas bumbung lif di flat Projek Perumahan Awam (PPA) Seri Sabah, Cheras di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon dalam kenyataan hari ini berkata polis menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 kira-kira 1.20 tengah hari tadi.

“Kami dimaklumkan seorang lelaki terjatuh ke dalam lubang lif flat itu dan terhempas ke atas bumbung lif, sebaik tiba di tempat kejadian kami mendapati mayat dalam keadaan tertiarap di atas bumbung lif berkenaan,” katanya.

Mohamed Mokhsein berkata syarikat penyelenggaraan lif flat berkenaan sebelum itu menerima aduan bahawa satu daripada lif yang ada tidak berfungsi.

“Apabila pekerja penyelenggaraan tiba 30 minit kemudian untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan, dia menjumpai satu mayat dalam keadaan tertiarap,” katanya dan menambah bahagian muka pada mayat itu bengkak dipercayai akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa merupakan penghuni di flat berkenaan dan tidak bekerja.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.