Siakap Keli

Pemandu Kereta Dalam Video Viral Dakwa Guna Waze Jadi Punca Tersalah Hingga Masuk Laluan Motosikal

PETALING JAYA, 3 Sept – Kesilapan pemandu Perodua Bezza dan Toyota Vios yang memasuki lorong motosikal seperti yang tular sebelum ini didakwa berpunca akibat menggunakan aplikasi Waze.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, berdasarkan pengakuan awal, aplikasi yang digunakan itu ‘mengarahkan’ mereka untuk memandu masuk ke sebuah lorong kecil.

“Bagaimanapun, kedua-dua pemandu mula menyedari kesilapannya memasuki lorong motosikal setelah melihat banyak motosikal melalui jalan tersebut.

“Dan (pemandu) telah diberhentikan oleh penunggang motosikal yang akhirnya menunjukkan jalan keluar ke jalan utama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, kedua-dua pemandu yang masing-masing berusia 33 tahun terbabit akan disiasat di bawah Sekseyn 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” tambah kenyataan itu lagi.

Mengimbas kembali, baru-baru ini tular rakaman video yang memaparkan sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki tempatan beserta sebuah kereta Peroda Bezza yang dipandu seorang wanita tempatan yang ‘tersesat’ memasuki lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur ke Klang.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'