Timbalan Menteri KKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin membuat permohonan maaf berhubung penjelasannya yang dibuat di Dewan Negara yang mendakwa adik Veveonah Mosibin tidak tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau belajar di atas pokok tular di media sosial.
Menurutnya, beliau mendapat maklumat kurang tepat berhubung perkara berkenaan.
”Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan. Saya ingin memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin dan juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti.
”Semoga adik Veveonah Mosibin terus maju jaya dalam setiap bidang yang diceburi,” katanya.
Merujuk kepada perbahasan di Dewan Negara hari ini, saya ingin membetulkan kenyataan mengenai adik Veveonah Mosibin…
Posted by Zahidi Zainul Abidin on Thursday, 3 September 2020
Sumber: Datuk Zahidi Zainul Abidin