Gambar: Twitter

(Video) Kelibat Dipercayai Entiti Tiba-tiba Intai Pemuda Tengah Leka Layan Lagu Bikin Seram

Seorang pemuda mengalami detik seram apabila mendakwa terlihat kelibat hitam di belakang almari di biliknya.

Dalam satu video tular di Twitter, kelihatan pemuda berkenaan sedang asyik mendengar lagu sambil merakam dirinya sendiri.

Tiba-tiba, muncul satu susuk hitam di sebalik almari seakan mengintainya sebelum menghilangkan diri.

Pemuda berkenaan yang terkejut bingkas bangun dan memeriksa di belakang perabot berkenaan namun tidak menemui sesuatu pun.

Lokasi dan masa kejadian tidak dapat dipastikan.

Sumber: Believe It Or Not

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Editor: Fazidi

Tambah komen