Siakap Keli

Kos RM30 Dapat 400 Keping, Tutorial DIY Kad Kahwin, Hasil Macam Tempah Di Kedai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kos untuk melaksanakan majlis perkahwinan kebiasaannya menelan belanja yang besar. Salah satu cara bagi menjimatkan kos adalah dengan membuat kad kahwin DIY sendiri.

Sebenarnya ia tidak susah asalkan ada kelengkapan yang cukup seperti yang dikongsikan oleh Puan Kamariah Mohd Pauzi di laman facebooknya ini.

Paling penting bakal pengantin mampu berjimat kerana 400 keping kad yang dihasilkan hanya sekitar RM30 termasuk barangan yang digunakan. Memang murah!

Kalau ada printer di rumah, memang berbaloi sangat DIY kad jemputan. Tahu tak dengan DIY kad kahwin, kos kasar sekeping kad adalah lebih kurang RM0.075.

400 Keping Kad Jemputan mengeluarkan belanja RM30 sahaja! Mengambil kira harga Kertas Kraf (craft paper/ brown paper) dan ink hitam (refill).

Boleh beli bahan-bahan di Shopee. Kertas kraf 175gsm 100 pcs – RM20, Ink Hitam 100ml (refill) – RM5. 1 keping kertas kraf size A4 boleh menghasilkan 4 keping kad bersize 4R. Ink pun tak guna banyak. Banyak lagi lebihan ink.

Ikuti langkah di bawah:

Bahagian belakang kad:

Tutorial di blog: https://cikpuankam.wordpress.com/2020/02/21/diy-kad-kahwin-mudah-jimat/ atau Jom ikuti langkah bergambar di bawah : #KadKahwinDIY

Dah baca tutorial tp tak reti nak design sendiri? Saya boleh design kan.

Sumber: Kamariah Mohd Pauzi

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.