Siakap Keli
kunjungan china malaysia
Gambar: Google

(Video) Kunjungan Delegasi China Ke Malaysia Ikut, Patuh SOP Yang Ketat- Ismail Sabri

Putrajaya, 10 Sept- Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan isu hangat mengenai kunjungan Menteri Pertahanan China ke Malaysia.

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, beliau menjawab soalan-soalan yang timbul dalam kalangan rakyat mengenai kunjungan berkenaan.

Rujuk KKM sebelum terima kunjungan

Kata Ismail Sabri, biarpun negara mengetatkan sempadan dan menyekat kemasukan warga asing ke dalam negara, kunjungan ini dilakukan atas faktor diplomatik dan tertakluk kepada prosedur standard yang ketat.

Selain itu katanya, kerajaan telah mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum menerima kunjungan itu.

“Melibatkan hubungan antara kerajaan, kita benarkan. Takkan kita nak putuskan hubungan diplomatik dengan negara lain sehingga tidak boleh bekerjasama.

“Jadi kita benarkan. Sebelum itu, kita mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan. Dan syarat yang dikenakan kepada delegasi ini amat ketat sekali iaitu sebelum mereka masuk ke negara kita, mereka perlu melalui saringan swab test 3 hari sebelum masuk (seperti orang lain).”

Katanya, delegasi berkenaan perlu menjalani sekali lagi ujian saringan swab di pintu masuk negara.

“Sampai ke pintu masuk negara kita, mereka juga dikenakan swab test dan perlu menunggu keputusan.

“Setelah keputusan negatif baru boleh masuk. Mereka terus dibawa ke hotel dan masuk ke bilik masing-masing dan tidak dibenarkan keluar.”

Jelasnya, perwakilan berkenaan hanya ke bilik hotel dan ke kementerian terlibat untuk perbincangan dua negara sebelum terus pulang.

“Kebetulan mereka sampai 6 pagi, terus ke bilik dan terus ke kementerian untuk mengadakan perbincangan pertahanan dua negara

“Kita bincang pelbagai isu termasuk yang paling rakyat Malaysia sensitif, isu Laut China Selatan. Kita beritahu pendirian tegas kita bahawa setiap perkara berkaitan Laut China Selatan perlu rundingan diplomatik,” katanya.

Tambah beliau, perwakilan tersebut datang terus ke kementerian, seterusnya ke pejabat YAB PM sebelum pulang ke hotel dan balik.

Mereka turut tertakluk kepada SOP ketat termasuk pemakaian mask seperti biasa.

KKM nasihatkan rundingan secara ‘low key’

Kata Ismail, KKM menyarankan pertemuan itu dilakukan secara sederhana kerana tidak mahu memperbesarkan perkara tersebut.

“Satu lagi permohonan KKM ialah ‘low key’, tidak perlu besar-besaran. Semua dalaman kementerian sahaja. Jadi tiada pemberita sama ada sewaktu (delegasi) dengan PM, dengan saya.”

“Tak mahu perkara ini dibesarkan kerana kita masih lagi menyekat pintu masuk negara kita dari warga asing.

“Walaupun mereka datang atas urusan antara negara, mereka masih tertakluk kepada sekatan itu, sebab itu kita tidak menghebohkan kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, beliau menjelaskan setiap anggota tentera Malaysia yang terlibat mesti memakai pelitup muka.

Penghormatan sebahagian protokol biasa

Mengulas mengenai penghormatan diberi kepada delegasi luar negara itu, beliau berkata ia merupakan sebahagian protokol antarabangsa.

“Ini adalah protokol ditetapkan di mana-mana negara seluruh dunia. Kalau presiden, perdana menteri atau ketua angkatan tentera datang, kita dari segi protokol negara seluruh dunia, mereka diberi penghormatan untuk memeriksa barisan,” katanya.

Tapi seperti saya kata tadi, SOP ketat dikenakan.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.