Siakap Keli

(Video) Rakaman Labah-Labah Besar ‘Baham’ Seekor Burung Bikin Meremang Bulu Roma

Satu rakaman video yang menyaksikan seekor labah-labah besar ‘membaham’ seekor burung telah tular dan menjadi perhatian ramai.

Menurut laporan Daily Mail, video yang dimuatnaik di Reddit pada minggu lalu itu memaparkan labah-labah besar dilihat bertenggek di atas kayu sambil ‘memegang’ seekor burung dengan menggunakan kakinya yang berbulu.

Pengguna Reddit yang memuatnaik video itu pada awalnya percaya labah-labah itu adalah pemakan burung Goliath iaitu labah-labah terbesar di dunia.

Gambar Via Daily Mail

Pun begitu, penyelidik dari Muzium Natural History di Leibniz Institute for Evolution and Biodiversity Research in Germany, Jason Dunlop, percaya bahawa labah-labah tersebut merupakan tarantula berjari merah jambu.

Dunlop juga menjelaskan bahawa kebiasaannya tarantula tidak memakan burung namun tetap akan ada pengecualian.

“Saya mengesyaki tarantula itu akan ‘membaham’ apa sahaja yang boleh dikunyah olehnya,” katanya.

Gambar Via Daily Mail

Tarantula berjari kaki merah jambu itu biasanya terdapat di seluruh Brazil dan selebihnya di lembah Amazon.

Tinggal di pokok, tarantula jenis ini dapat membesar dengan panjang kaki sehingga lima inci dan mempunyai warna merah jambu khas di hujung kaki mereka.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa