Siakap Keli

Gelagat Kucing Yang Cemburu Bila Anjingnya Dipegang, Cuit Hati Netizen

Gelagat seekor kucing comel yang merasa ‘cemburu’ apabila sahabat baiknya disentuh oleh seorang individu ternyata menghiburkan hati ramai.

Menerusi video berdurasi 15 saat yang dimuatnaik di Twitter Wildlife & Nature, kucing berwarna putih itu kelihatan memeluk erat tangan si anjing sebelum disakat oleh seorang individu yang cuba menyentuh tangan anjing yang sama.

Menyedari keadaan tersebut, kucing itu kemudiannya bertindak mencakar tangan individu berkenaan seakan ‘cemburu’ dan tidak mahu individu itu menyentuh sahabat baiknya.

Manakala, anjing tersebut dengan reaksi muka yang selamba dan comel berlagak seperti biasa seperti tidak ‘mencampuri’ urusan mereka.

Video tersebut yang menjadi tular di media sosial, mengundang ratusan ribu tontonan dan ulang kicau oleh warganet terutamanya para pencinta haiwan. Comel sungguh!

Jangan sentuh anjing saya

Sumber: Wildlife & Nature

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.