Siakap Keli

Masjid Cyberjaya 10 Minta Warga Cyberjaya Hati-hati Dengan Individu Didakwa Scammer Menyamar Sebagai Stafnya

Isu individu yang membuat penipuan atas talian atau dipanggil scammer ini masih panas di negara kita.

Saban hari, pasti ada sahaja kes-kes yang dilaporkan melibatkan pelbagai jenis scam, dari judi online, produk tidak wujud, love scam Mat Afrika hinggalah kes menyamar menjadi orang lain.

Terbaharu, satu jenayah scam dilaporkan berlaku di Cyberjaya baru-baru ini.

Menurut kenyataan di laman Facebook Masjid Cyberjaya 10, kegiatan scam ini melibatkan seorang individu yang meggunakan satu nombor telefon dan menyamar sebagai Pegawai Masjid Cyberjaya 10 dan Masjid Raja Haji Fisabilillah.

“Cara ini adalah cara yang biasa digunakan oleh kebanyakan scammer di Malaysia, iaitu dengan menggunakan gambar individu tertentu untuk meminta wang daripada kenalan individu tersebut.

“Jadi kami minta untuk anda semua warga Cyberjaya supaya berhati-hati apabila dapat panggilan atau sebarang mesej daripada scammer tersebut,” kata kenyataan tersebut, semalam.

Tambahnya, individu itu sering menggunakan gambar dan identiti ustaz-ustaz di negara ini.

“Jadi berhati-hati dengan ayat manis yang diguna pakai.

“Anda dinasihatkan untuk terus berjaga-jaga dengan modus operandi seperti ini,” tambah kenyataan itu lagi.

#KitaJagaKita
#WargaCyberjaya

Sumber: Masjid Cyberjaya 10

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.