Siakap Keli
Gambar Via Huda Zainal

“Amalkan Sebulan Sekali,” Wanita Kongsi Cara Suburkan Pokok Dalam Rumah Guna Kulit Pisang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Aktiviti menanam pokok kini bukan sahaja terhad kepada individu yang mempunyai laman yang besar dan rumah landed.

Sesiapa sahaja boleh berbakti kepada tanah termasuk yang tinggal di rumah high-rise, anda boleh menanam pokok mengikut kesesuaian rumah masing-masing.

Dalam proses penjagaan pokok, setiap orang pastinya akan risau mengenai tahap kesuburan pokok tersebut. Jika tidak konsisten dan dijaga dengan betul, ia akan mudah layu dan mati.

Melalui kiriman Huda Zainal di laman Facebook, beliau berkongsi mengenai cara untuk menyuburkan pokok di rumah dengan hanya menggunakan kulit pisang.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini:

Rendam kulit pisang 2 hari 2 malam antara tips yang Huda rajin amalkan sebulan sekali untuk baja pokok hidup dalam rumah.

Gambar Via Huda Zainal

Cara dia semudah ABC.

1. Makan pisang dan ambil kulitnya sahaja.

2. Rendam kulit pisang dalam air selama 2 hari 2 malam.

3. Agihkan air rendaman kulit pisang ke dalam semua pasu.

Bagusnya guna air rendaman kulit pisang sebab air ni tinggi dengan potassium. Terdapat juga kandungan nitrogen, phosphorus dan magnesium yang mampu buat pokok gembira.

Gambar Via Huda Zainal

Jika risau kehadiran ‘fruits flies’ atau unggas, cairkan bancuhan air rendaman. 1 : 5 (air rendaman kulit pisang : air biasa).

Kulit pusing yang telah direndam, boleh potong kecil-kecil dan tanam sedikit di dalam pasu berpokok. Ini pun boleh jadi baja semulajadi.

Huda Zainal
#zerowastetips

Sumber: Huda Zainal

BACA: Celcom MeReka Merdeka Buka Peluang Buat Rakyat Malaysia Hasilkan Pelitup Muka Rekaan Sendiri, Boleh Jana Pendapatan

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa