Gambar: Bernama

Lelaki Tunggang Motosikal Dengan Aksi Berbahaya Direman – Polis

KUALA LUMPUR,14 Sept — Seorang lelaki warga tempatan yang menunggang motosikal dengan aksi berbahaya menggunakan kaki bagi mengawal handel jentera itu, di Jalan Kuching di sini, baru-baru ini, direman hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata suspek berumur 36 tahun itu telah menyerah diri di Balai Polis Trafik Jalan Bandar, di sini, semalam.

Beliau berkata suspek juga disahkan positif dadah jenis ganja.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ringkas kepada Bernama.

Semalam, Bernama melaporkan polis sedang menjejaki seorang lelaki yang aksinya menunggang motosikal secara berbahaya selain bungkusan air di tangannya itu, menjadi tular di media sosial menerusi satu video berdurasi 41 saat.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Editor: Aqmal Ezany

Tambah komen

Dari Wiser.my