Siakap Keli
Gambar: Syafiqah Nasuha

“…Elak Termakan Benda Manis,” Wanita Ini Berjaya Hilangkan Berat Badan 14.2kg Dalam Masa 55 Hari

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sekiranya meninjau ke dalam media sosial, pelbagai pengalaman seseorang yang berjaya menurunkan berat badan dikongsikan di halaman Facebook, Twitter dan juga Instagram. Perkongsian sedemikian sememangnya dapat memberikan inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Untuk menurunkan berat badan pula bukannya mudah. Pun begitu, segalanya boleh dilakukan sekiranya ada usaha dan cara yang betul.

Justeru daripada itu, seorang pengguna Facebook bernama Syafiqah Nasuha ada berkongsikan tentang caranya menurunkan berat badan sebanyak 14.2kg dalam masa 55 hari. Bagi membantu anda untuk mengetahui cara yang betul dan pantas dalam menurunkan berat badan, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Sis niaga kuih muih.
So time tu closed order la sebab nak mengelakkan dari termakan benda-benda manis dan segala jenis kuih-kuih ni. Start diet masa berat badan 86kg.

Dalam masa 55 hari sahaja lost 14.2kg. Masa tu dah dapat berat 71.8kg. Genap 3 bulan baru dapat tengok angka 6 kat depan, time tu dah 69.4kg.

Tup-tup pi niaga balik. Terus naik balik jadi 71.6kg. Iman ku tak kuat. Now cuba untuk kembali ke darat setelah 1 bulan lebih ke lautan dalam.

Tinggi 163

Dalam masa 55 hari sahaja saya lost 14.2kg..ape yg saya amal kan..

Cut sugar
Less salt
Less oil
Setiap hidangan lengkap nutrisi
(Karbo,protein,fiber)
Suku suku separuh.
Jage pemakanan 80% senaman hanya 20%

Senaman hanya dirumah sahaja..saya buat 3 benda je..
Jumping rope,jumping jack dan senaman utk perot bole tengok di youtube

Makanan yg saya slalu mkn tk mahal pon..semua mampu beli

Setelah dihubungi oleh pihak Siakap Keli, wanita ini turut berkongsikan tentang menu pemakanan yang diamalkan olehnya dalam tempoh menurunkan berat badan.

Menurutnya, dia hanya melakukan senaman yang mudah dibuat di rumah sahaja. Antara senaman itu adalah seperti berikut:

Senaman jumping rope 1000×
jumping jack 200x
Senaman untuk perut tengok youtube je.

Pemakanan 80%
Senaman 20%
Tinggi 163

Sumber: Syafiqah Nasuha

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa