Siakap Keli

“Lapar Katanya”, Berderau Darah Wanita Ini Selepas Anak Saudara Main “Phone” & ‘Pesan’ Foodpanda Lebih RM1,800

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Zaman teknologi hari ini amat memudahkan urusan kehidupan seharian kita, segalanya boleh dibuat di hujung jari sahaja.

Nak pergi mana-mana, tempah saja Grab. Nak makan, tempah saja Foodpanda. Semuanya mudah.

Tapi, di sebalik kemudahan itu, ia boleh jadi ‘bencana’ jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Seperti yang berlaku pada Cik Miya Azira baru-baru ini, anak saudaranya yang masih kecil lagi ‘memesan’ pelbagai makanan di aplikasi Foodpanda.

Namun agak mengejutkan, jumlah yang perlu dibayar ‘bukan biasa-biasa’. Jom baca kisah ini.

Gambar sekadar hiasan, Sumber: Google

Alkisah last week punya cerita.

Anak sedara saya, main handphone saya, then dia order Foodpanda! Order dari restoran mahal!

Nasib baik Foodpanda apps dalam phone bukan auto order.

Gambar: Cik Miya Azira

Kalau tak, RM1800++ makanan sampai kat rumah. Berderau jantung tacik dia..

Nasib baik anak sedara kesayangan. Boy 5 tahun. Lapar katanya. Nak makan pizza.

Edited: pesanan untuk ibu bapa sekalian..hati-hati dengan anak vs apps Foodpanda..ada yang COD je..hehehe.

Perkongsian di group Facebook Anak Sepahkan Apa Hari Ini? itu menerima respon yang kelakar daripada netizen.

Sumber: Cik Miya Azira

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'