Siakap Keli

“Jauh Lagi Journey”, Tiga Bulan Amal Diet Ini & Bersenam, Abang Penguatkuasa Berjaya Hilangkan 23kg

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Amalan gaya hidup yang sihat adalah sangat dituntut kepada semua individu pada hari ini.

Terdapat banyak kaedah yang boleh diamalkan bagi memastikan tubuh badan sihat seperti diet, kawal pemakanan, aktiviti sukan, bermasyarakat dan sebagainya.

Bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan, adalah disarankan untuk ‘kembali’ semula ke berat badan yang asal dan ideal.

Seperti yang dikongsikan oleh warga Facebook bernama Sham Shooter ini, beliau berjaya turunkan berat badan dari 120 kilogram ke 97 kilogram dalam masa tiga bulan sahaja.

Mari ikuti perkongsian di bawah ini.

Gambar: Sham Shooter

120 kg – 97 kg

Tiga bulan bermula lepas raya haritu

Diet cara DSSS paling mudah sebab boleh makan nasi..cumanya saya tukar pada beras perang.

Seminggu 3 – 5 kali running 5 km.

Jauh lagi journey.

Semoga istiqamah..mohon doa dari semua sahabat DSSS.

#roadto80kg

Bermula dari jalan kaki

Dalam pada itu, Sham menjelaskan, perjalanan dietnya bukan mudah. Cabaran demi cabaran dilaluinya ketika di peringkat awal.

Dia bagaikan terasa ketinggalan jauh untuk mencapai misi kurangkan berat badan itu.

“Permulaaan hanya berjalan kaki dalam tiga kilometer je. Dalam tiga minggu barulah mula jogging.

“Rasa ‘down’ tu pernah ada. Tapi mahu tak mahu, kena fight,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli, hari ini.

Selain itu, dia hanya menfokuskan 100 peratus amalan berjalan cepat (fast walk) ketika di peringkat permulaan, sebelum joging sepenuhnya tanpa henti apabila masuk bulan kedua.

“Pernah nak cuba berbasikal. Tapi almaklumlah, kena modal nak beli. Jadi konsisten jela dengan jogg.

“Alhamdulillah sangat-sangat enjoy. Sikit pun tak pernah terlintas saya boleh buat 5 kilometer non stop,” tambahnya lagi.

Rahsia diet

Sham yang juga seorang penguatkuasa di Perbadanan Putrajaya menyatakan, salah satu kunci yang ‘dipegangnya’ adalah mengamalkan diet suku-suku separuh (DSSS).

“Hari-hari biasa saya sambil buat ‘eat clean’.

“Hujung minggu cheat day tapi DSSS tetap berjalan,” katanya.

Sumber: Sham Shooter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.