Siakap Keli
Gambar: Skuad King Cobra JBPM

(Video) Rakaman Ular ‘Menyorok’ Di Bahagian Lampu Motosikal Bikin Warganet Risau

Seperti yang diketahui, haiwan berbisa seperti ular sememangnya terkadang akan berselindung di sebalik kawasan-kawasan yang tidak pernah dijangka.

Jika sebelum ini dilaporkan haiwan tersebut banyak dijumpai di dalam mangkuk tandas, longkang dan di dalam tilam, anda mungkin juga tidak menjangkakan bahawa ia juga ‘menghuni’ di dalam bahagian motosikal.

Melalui video yang dimuatnaik oleh SKUAD KING COBRA JBPM di laman Facebook, dapat dilihat seekor ular tedung melingkar di dalam bahagian kepala motor.

Menerusi video itu, dapat dilihat seseorang sedang membuka bahagian kepala motosikal tersebut dan setelah itu ular tedung keluar dengan lehernya yang mengembang.

Tidak dapat dipastikan bila dan di negara mana video ini dirakam namun perkongsian itu diharap agar orang ramai sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasa ‘seram’ dengan video tersebut.

Sumber: SKUAD KING COBRA JBPM

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa