Siakap Keli

(Video) Si Bulus Ini Terima Padah Nak Sangat Main Lebah, ‘Paw’ Besar Sebelah Lepas Kena Sengat

Gelagat comel si bulus memang menghiburkan semua orang terutama sekali bagi seseorang yang sayangkan kucing. Bukan kita tak tahu, sifat kucing suka ‘terkam’ tambah-tambah lagi kalau nampak benda bergerak, mulalah mereka nak terkam, betul kan?

Ya betul. Tetapi apa yang menjadi perhatian ramai dalam satu rakaman ini apabila kucing tersebut tersalah terkam musuh padahnya bengkak habis tangan comel tersebut.

Jom kita lihat video ini di mana silapnya si bulus menerkam musuhnya. Kesian si comel ni, tetapi mesti anda akan tergelak kecil melihatnya. Jelas terbukti gelagat nakal mereka boleh menambat hati kita semua.

 

Sumber: Bulu-bulu kehidupan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang