Siakap Keli
FOTO: PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

Ini Keadaan Terkini Kucing Yang Didakwa Dihempas Seorang Lelaki Dalam Rakaman CCTV Yang Tular Semalam

Tular rakaman video litar tertutup tentang perbuatan yang tidak berperikemanusiaan seorang lelaki menghempas seekor kucing dari keretanya mendapat tentangan daripada ramai pihak.

Susulan daripada kejadian tersebut, menerusi Facebook rasmi Persatuan Haiwan Malaysia mendedahkan keadaan terkini kucing tersebut selepas  didakwa dihempas oleh seorang lelaki.

Menurut kenyataan yang ditulis, inilah keadaan kucing selepas dihempas secara zalim oleh seorang lelaki  di hadapan kedai serbaneka Jalan Rejang Setapak Kuala Lumpur. 

Bagaimanapun, kucing ini dilaporkan mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Klinik Veterinar untuk menerima rawatan selanjutnya. Semoga keadilan dapat diberikan kepada Kucing Setapak.

 

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang