Siakap Keli
tidur dalam kereta
Kredit: Google

Keracunan Gas: Dakwaan Tidur Sambil Turunkan Cermin Kereta Lebih Selamat Adalah Tidak Tepat -KKM

Kepercayaan sebahagian masyarakat bahawa tindakan membuka sedikit tingkap ketika tidur dalam kereta mampu mengelakkan keracunan gas karbon monoksida (CO) adalah tidak tepat.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), tindakan sepatutnya adalah keluar daripada kenderaan untuk berehat di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.

Peringatan ini dikongsikan susulan kes tiga wanita yang terkorban akibat terhidu karbon monoksida selepas tidur dalam kereta mereka pada minggu lalu.

Bagaimana gas CO boleh membunuh?

Tambah KKM, sifat gas CO yang tidak berbau dan berwarna membuatkan mangsa tidak sedar ketika sedang diracuni.

“Apabila enjin kenderaan dihidupkan dalam masa panjang, kebocoran gas boleh berlaku daripada ekzos dan masuk ke kabin penumpang.

“Gas CO akan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen ke sel-sel dalam tubuh manusia, menyebabkan kerosakan organ.

“Kepekatan gas CO yang tinggi dalam darah boleh membunuh,” kongsi KKM.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.