Siakap Keli
Gambar: JSPT KL

Penunggang Y15 Maut, Tak Sempat Elak & Langgar Kereta Disyaki Dipandu Pemandu Mabuk Didakwa Ubah Laluan Secara Melintang

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Satu kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta disyaki di bawah pengaruh alkohol berlaku di Jalan Raja Laut, di sini hari ini.

Memetik kenyataan Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), berdasarkan siasatan, pemandu kereta jenis Perodua Myvi terbabit yang keluar dari Jalan Sri Amar didakwa telah mengubah haluan secara melintang untuk masuk ke Jalan Tiong Nam.

Gambar: JSPT KL

“Penunggang motosikal jenis Yamaha Y15 (mangsa) tidak sempat mengelak dan melanggar kereta tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kerana kecederaan parah di kepala.

“Pemandu kereta telah menjalani ujian EBA dan bacaan melebihi had yang dibenarkan,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1 APJ) 1987 oleh Pegawai Penyiasat JSPT KL, Insp. Vishnuhindran.

Gambar: JSPT KL
Gambar: JSPT KL

Sumber: JSPT KL

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.