Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI: 71 Kes Baharu Covid-19 Dicatatkan Hari Ini, Termasuk 69 Kes Tempatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Tan Sri Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 64 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 9, 666 bersamaan 91.4%.

Menerusi kenyataan di Facebook miliknya, beliau juga memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 71 kes baharu Covid-19 pada hari ini termasuk 69 kes tempatan dan 2 import. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 10, 576 kes dengan 777 kes yang masih aktif.

Menurut ciapan KKMalaysia, Sabah mencatatkan kes tertinggi iaitu 63 kes iaitu antaranya ialah 10 dari Kluster Laut dan 47 dari Kluster Bangau-Bangau.

Kedah pula mencatatkan 4 kes dan Selangor 3 kes.

Tiada pertambahan kes kematian dicatatkan hari ini dan jumlah kumulatif kekal sebanyak 133 kes bersamaan 1.26%.

Sumber: Noor Hisham Abdullah 

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa