Siakap Keli
ayah lindung anak tembakan
Gambar: TRT World

(Video) Detik Cemas Ayah Jadi ‘Perisai Badan’ Lindungi Anak-anak Dari Tembakan

Seorang ayah sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri ketika melindungi tiga anaknya dalam satu insiden tembakan di sebuah pusat jualan kenderaan di New York, Amerika Syarikat.

Dalam kejadian pada Isnin lalu (21 September), lelaki berkenaan bersama anak-anaknya dilaporkan sedang berada di ruangan menunggu sebelum secara tiba-tiba didatangi penembak di sebalik pintu kaca.

Sekitar 7.30 petang waktu tempatan, kelihatan seorang lelaki berbaju gelap menghampiri pintu kaca sebelum mengeluarkan senjata api dan menembak.

Orang ramai dilihat lari menyelamatkan diri manakala lelaki berkenaan memeluk dan melindungi tiga anaknya sambil melutut di atas lantai.

Menurut NBC New York, lelaki berusia 39 tahun itu mengalami kecederaan akibat tembakan di paha dan telah dihantar ke Jacobi Hospital. Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil manakala anak-anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pihak polis tempatan mendakwa tiga penembak menyasarkan seseorang di dalam premis tersebut. Kesemua mereka dilapor melarikan diri dengan satu daripadanya melarikan kenderaan seorang pelanggan.

Sumber: NBC New York

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.