Semua orang ingin meninggal dunia dengan pengakhiran yang baik atau husnul khatimah. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, antara tanda husnul khatimah ialah meninggal dalam keadaan melahirkan anak, mati pada hari atau malam Jumaat, jenazah berpeluh dahi dan meninggal dunia ketika sedang melakukan amal soleh.
Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki dipercayai daripada Palestin yang menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika membaca al-Quran.
Dalam video dikongsikan Abdul Lateef Khaled, kelihatan seorang lelaki yang agak berusia mencium kitab dipercayai Al-Quran sebelum mula membacanya.
Dikenali sebagai Hajj Khamis Yahya, daripada Khalil, Palestin, beliau dilihat terkumat-kamit membaca kitab berkenaan sebelum terhenti dan tumbang dalam keadaan masih terduduk di atas kerusi.
Berikut adalah videonya.
“Berapa ramai orang yang tidak dikenali di dunia dicintai Allah.
“Beliau mungkin tidak alim atau popular, tapi lihatlah bagaimana Allah berikan dia pengakhiran yang baik.”
Semoga kita semua dikurniakan husnul khatimah.
Sumber: Abdul Lateef Khaled, Mufti Wilayah Persekutuan