Siakap Keli
Gambar: Lurima Lensa

“First Time Shoot Majlis Pertunangan Kaum India…” Sikap & Layanan Keluarga Ini Buat Abang Photographer Teruja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi seorang jurugambar, tugasan ‘shooting’ di majlis-majlis besar seperti perkahwinan atau ekspo umumnya adalah sesuatu yang mencabar.

Mereka perlu berhadapan dengan kesesakan ramai, tempoh masa, sudut (angle) yang tepat, pencahayaan mencukupi dan banyak lagi.

Mungkin kita biasa lihat abang-abang jurugambar ini shoot majlis perkahwinan atau pertunangan orang Melayu selama ini.

Tapi bagi Lurima Lensa, ini kali pertama beliau mendapat ‘job’ untuk majlis pertunangan kaum India.

Jika lihat satu-persatu gambarnya, ia kelihatan sangat menarik dan ‘colourful’. Ikuti perkongsiannya di group Facebook Malaysia Photographer Community ini.

Gambar: Lurima Lensa

First time shoot majlis pertunangan kaum India. Tak jauh beza atur cara dengan majlis pertunangan orang Melayu.

Tambahan:

Saya tidak tahu mengapa, tapi sepanjang majlis TIADA sanak-saudara dan rakan-rakan yang hulur handphone pada saya untuk ambil gambar.

Mereka beri priority khusus kepada photographer untuk menjalankan kerja.

Gambar: Lurima Lensa
Gambar: Lurima Lensa
Gambar: Lurima Lensa
Gambar: Lurima Lensa
Gambar: Lurima Lensa
Gambar: Lurima Lensa
Gambar: Lurima Lensa
Gambar: Lurima Lensa
Gambar: Lurima Lensa

Atas pengalaman menarik itu, beberapa netizen lain yang juga merupakan jurugambar turut berkongsi pandangan mereka.

Sumber: Lurima Lensa

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.