Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew sekali lagi membantu para pelajar untuk dihantar pulang ke kediaman masing-masing memandangkan mereka terkandas di institusi pengajian tinggi akibat penularan kes Covid-19 kian meningkat.
Setakat jam ini menerusi perkongsian Facebook rasminya, Ustaz Ebit telah menghantar lagi dua bas untuk membawa pulang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim ke Kelantan dan Terengganu.
Difahamkan, beliau akan menambah lagi bilangan bas kepada lima buah memandangkan usahanya ini disokong oleh Datuk Naib Cencelor universiti tersebut. Perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma malah para pelajar juga mendapat duit poket daripada Ustaz Ebit.
Syukur Alhamdulilllah balik Kuantan terus saya ke upsi. Malam ni saya bersama Dato VC Upsi menghantar lagi 2 bas pelajar pulang dari UPSI ke Kelantan dan Terengganu. Saya beri sedikit duit poket buat pelajar. Esok pagi insyaAllah saya sediakan lagi 5 bas free dan mengikut keperluan pelajar. Saya sedia je insyaAllah mana-mana universiti lain yang memerlukan.



Satu hari nanti kita dah tiada. Anak inilah pengganti kita. Anak-anak inilah pemimpin masa depan. Sayangi dan bimbing mereka. Kita semua sebuah keluarga.
Sumber: Ustaz Ebit Lew