Siakap Keli

TERKINI: PM Ucap Takziah Kepada Semua Keluarga Korban COVID-19, Mahu Fokus Pandemik Berbanding Isu Politik

Putrajaya, 13 Oktober – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah buat keluarga mangsa yang telah meninggal dunia akibat COVID-19 di Malaysia.

Dalam sidang media sebentar tadi, beliau berkata jumlah kematian yang rendah di Malaysia berbanding negara lain menunjukkan keberkesanan langkah yang dilakukan kerajaan setakat ini.

“Saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan takziah kepada semua keluarga daripada mereka yang telah meninggal dunia akibat penyakit COVID-19. Kalau tak silap saya angkanya 158 atau 159.

“Ini adalah satu kenyataan bahawa tindakan-tindakan yang telah kita ambil setakat ini untuk menguruskan COVID-19 ini agak berjaya dengan jumlah kematian yang agak kecil berbanding sesetengah negara lain,” katanya.

Berhubung isu semasa, beliau menjelaskan enggan memfokuskan kepada isu politik bagi mengutamakan isu pandemik COVID-19.

“Dalam tempoh agak kritikal ini kita tidak mengalih pandangan kita kepada isu-isu lain walaupun ramai yang ingin bertanya soalan politik sejak dahulu lagi.

“Saya tidak bersedia untuk menjawab bukan kerana saya tidak tahu menjawab, hanya kerana saya ingin pastikan supaya apa sahaja kenyataan saya keluarkan, rakyat tidak berkata PM sibuk berpolitik dan lupa perkara yang lebih utama, soal kebajikan rakyat, keselamatan jiwa mereka, apa lagi soal ekonomi,” katanya.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.