Siakap Keli

Pihak Pengurusan SOGO KL Sahkan Seorang Staf Penyewa Mereka Positif Covid-19

Seorang kakitangan penyewa di pusat beli-belah di SOGO Kuala Lumpur didapati positif Covid-19 berdasarkan keputusan ujian yang dikeluarkan pada Jumaat lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan SOGO Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi SOGO Malaysia semalam.

”Pihak pengurusan SOGO Kuala Lumpur dengan dukacitanya ingin memaklumkan bahawa salah seorang kakitangan penyewa kami di Tingkat 7 SOGO Kuala Lumpur – All IT Hypermarket, telah didapati positif dalam ujian COVID-19 pada 16/10/2020 (Jumaat),” katanya.

Susulan itu, pihak pengurusan telah menglambil langkah-langkah pencegahan dengan melakukan penutupan serta-merta seluruh tingkat 7 bagi melakukan kerja-kerja sanitasi.

Untuk makluman, tingkat bawah LG sehingga tingkat 6 SOGO Kuala Lumpur masihy beroperasi seperti biasa. Manakala, tingkat 7 akan dibuka semula kerpada pengunjung bermula hari ini (18 OKtober 2020) kecuali All IT Hypermarket yang dirtup sehingga notis selanjutnya.

PENGUMUMAN

Pihak pengurusan SOGO Kuala Lumpur dengan dukacitanya ingin memaklumkan bahawa salah seorang kakitangan penyewa kami di Tingkat 7 SOGO Kuala Lumpur – All IT Hypermarket, telah didapati positif dalam ujian COVID-19 pada 16/10/2020 (Jumaat).

Dengan perkembangan terbaru ini, pihak kami telah pun mengambil langkah-langkah keselamatan awam dengan segera dalam usaha menghadkan sebarang potensi berisiko. Pihak kami juga bekerja secara rapat bersama pihak-pihak berkenaan dengan mengambil langkah-langkah yang diperlukan.

Kami akan meneruskan langkah-langkah pencegahan dan berjaga-jaga kerana keselamatan dan kesejahteraan para pekerja dan orang awam adalah keutamaan kami.

Untuk makluman, Tingkat Bawah LG sehingga Tingkat 6, SOGO Kuala Lumpur beroperasi seperti biasa.

Kekal bersih, kekal selamat!

Sumber: SOGO Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.