Siakap Keli
Gambar: @makassar_iinfo

(Video) Rakaman Kucing Jadi ‘Hero’ Selamatkan Budak Rebah Diserang Anjing Tarik Perhatian Ramai

Sebuah video yang memaparkan seorang budak diserang oleh seekor anjing telah menjadi tular di media sosial.

Video yang mendebarkan itu memaparkan detik-detik seorang budak lelaki sedang diserang oleh seekor anjing sehingga rebah ke tanah.

Kanak-kanak tersebut dilihat diserang oleh seekor anjing berwarna hitam secara sendirian tanpa kelibat orang dewasa di sisinya.

Pun begitu, budak tersebut sangat-sangat bernasib baik apabila seekor kucing yang secara beraninya datang untuk ‘menyelamatkan’ budak tersebut daripada terus diserang.

Apabila diganggu oleh kucing tersebut, anjing berkenaan kemudiannya bertindak menyerang kucing itu.

Selepas berjaya mengganggu anjing itu, kucing tersebut dilihat melarikan diri daripada terus diserang.

Tidak berapa lama selepas anjing itu menukar sasarannya, kelihatan seorang orang dewasa menghampiri budak itu untuk memberikan bantuan.

Tidak dapat dipastikan tentang kecederaan yang dialami budak itu mahu pun kucing tersebut.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 30 ribu di akaun Instagram @makassar_iinfo.

Sumber: Instagram

Aqmal Ezany

I write what is right