Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kucing Terperangkap Dalam Kontena Dari Jepun, Tindakan Lelaki Ini Raih Pujian Ramai

Kontena
Kredit: Threads @william_avit

Kucing Terperangkap Dalam Kontena Dari Jepun, Tindakan Lelaki Ini Raih Pujian Ramai

Kucing sering dianggap sebagai antara haiwan yang mempunyai hubungan istimewa dengan manusia.

Gelagatnya yang comel, sifatnya yang manja dan kehadirannya yang mampu menceriakan suasana menjadikan kucing bukan sekadar haiwan peliharaan, malah sebahagian daripada kehidupan ramai orang.

Namun, di sebalik sifatnya yang sering dianggap menghiburkan, kucing juga merupakan haiwan yang mudah terdedah kepada bahaya, terutama apabila berada dalam situasi yang tidak dijangka.

Ketika berdepan ancaman atau kesukaran, tindakan manusia boleh menjadi penyelamat si bulus ini.

Tidak hairanlah kisah melibatkan kucing sering menarik perhatian ramai, terutama apabila ia memperlihatkan sisi kemanusiaan seseorang.

Kucing terperangkap dalam kontena dari Jepun

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna Threads, @william_avit, mencuri perhatian ramai selepas dia berkongsi pengalaman tidak disangka apabila menemui seekor kucing yang terperangkap di dalam sebuah kontena dari Jepun.

Menerusi video yang dimuat naik, lelaki itu kelihatan terkejut apabila menemukan haiwan tersebut dalam keadaan menyedihkan selepas dipercayai terperangkap di dalam kontena berkenaan.

Kredit: Threads @william_avit

Lebih meyayat hati, keadaan fizikal kucing itu kelihatan susut selain bulunya kotor dan tidak terurus.

Situasi itu membuatkan dia tertanya-tanya berapa lama haiwan berkenaan bertahan sebelum ditemui.

Kucing ni dah makan dah minum dan dah mandi...

Menurutnya, kucing tersebut sebenarnya sudah diberikan penjagaan sebaik sahaja ditemui, termasuk diberi makan, minum dan dimandikan.

Kredit: Threads @william_avit

Malah, rakannya turut sanggup keluar membeli makanan basah serta syampu untuk memastikan kucing berkenaan mendapat keperluan yang secukupnya selepas melalui keadaan sukar di dalam kontena.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat, selain memaklumkan keadaan kucing itu kini semakin baik dan berada dalam keadaan sihat.

Mimi kembali ke pangkuan tuannya

Kisah kucing yang sebelum ini mencuri perhatian selepas ditemui terperangkap dalam sebuah kontena akhirnya menemui penghujung yang menggembirakan apabila ia berjaya disatukan semula dengan pemiliknya.

Menerusi kemas kini terbaharu, dia memaklumkan bahawa pemilik asal tampil menuntut haiwan itu selepas mengemukakan bukti bagi mengesahkan pemilikan sebelum kucing tersebut diserahkan kembali.

Kredit: Threads @william_avit

Difahamkan, pemilik kucing yang diberi nama 'Mimi' itu merupakan rakyat Malaysia yang bekerja di Jepun.

Dia baru sahaja pulang ke Malaysia untuk bercuti selama empat hari sebelum mengetahui haiwan peliharaannya ditemui selepas hilang sejak beberapa ketika.

Menurut pemiliknya, dia tidak menyedari 'Mimi' memasuki kontena ketika pintu ditutup pada 3 Jun lalu.

Sejak itu, dia terus mencari kucing tersebut sehingga akhirnya mereka kembali bertemu.

Reaksi Netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terima kasih dan memuji tindakan lelaki itu yang sanggup menjaga Mimi sementara menunggu pemilik asal tampil mengambilnya.

Namun, dalam kemeriahan memberikan pujian, ada juga yang masih menyimpan persoalan tentang bagaimana kucing tersebut boleh terperangkap dalam kontena serta kejadian sebenar yang berlaku sebelum ia ditemui.