Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Selalu 'Report', Respon Bapa Untuk "Princess" Buat Ramai Kagum

bapa
Kredit: Threads @syiruhhh_

Selalu 'Report', Respon Bapa Untuk "Princess" Buat Ramai Kagum

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah selamanya. Itulah ungkapan yang sering kita dengar untuk menggambarkan kasih sayang antara ibu dan ayah kepada anak-anak mereka.

Baik ayah atau ibu, kedua-dua insan ini merupakan orang pertama yang mencurahkan kasih sayang yang tiada tandingnya kepada anak-anak.

Dalam komuniti masyarakat, mungkin ramai yang lebih menyebut kasih seorang ibu, Namun, tak ramai yang menyebut tentang 'hero' yang bergelar 'ayah'.

Dari luaran, mungkin mereka tampak tegas dan garang, namun sebenarnya dalam tegas itu ada kasih yang tidak diungkap dibibit-bibit mulut, sebaliknya melalui perbuatan.

Sebagai ketua keluarga, tak hairan seorang ayah sentiasa menginginkan yang terbaik buat anak-anaknya, daripada memastikan keperluan mereka dipenuhi sehinggalah memberikan nasihat dan panduan untuk masa depan.

Segala usaha dilakukan demi melihat anak-anak membesar dengan baik, ibarat menatang minyak yang penuh sejak kecil.

Namun, hubungan antara ayah dan anak bukan hanya terbina melalui nasihat dan tanggungjawab semata-mata.

Kadangkala, gurauan kecil atau usikan spontan yang berlaku dalam kehidupan seharian mampu mencipta momen manis, sekali gus mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara mereka.

Ayah keluar ke dobi

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna Threads, @syiruhhh_, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu mesej ringkas daripada bapanya yang disifatkan cukup menghiburkan.

Menerusi tangkap layar perbualan tersebut, bapanya memaklumkan bahawa beliau ingin ke dobi di Sentul.

Namun, perkara yang mencuri perhatian ialah pesanan 'hati-hati', sekali gus mencetuskan tanda tanya dan membuat ramai tertanya-tanya apa yang berlaku di sebalik mesej tersebut.

"Semua kena tahu bapak keluar dengan berhati hati...

Perkongsian tersebut mencuit hati ramai apabila pesanan ringkas itu seolah-olah menggambarkan bapanya begitu prihatin terhadap keselamatan diri, meskipun hanya mahu keluar ke dobi di Sentul.

Melihat gaya mesej berkenaan, anaknya turut berseloroh dengan mengatakan, "Semua kena tahu bapak keluar dengan berhati-hati,".

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut terhibur dengan situasi tersebut apabila ramai membayangkan diri mereka berada dalam keadaan sama, sambil meninggalkan pelbagai gurauan yang mencuit hati.

Ada antara mereka berseloroh dengan meminta penduduk sekitar Sentul supaya lebih berhati-hati dan mengelakkan diri daripada pergi ke dobi berkenaan, susulan ‘kemunculan’ bapa wanita itu yang dikatakan mahu ke lokasi tersebut.

Ada juga netizen yang berseloroh mengatakan bapa wanita berkenaan sebenarnya sudah terlebih dahulu mengingatkan dirinya supaya berhati-hati, sebelum sempat anak-anaknya menitipkan pesanan yang sama.

Apa yang lebih mencuit hati, wanita itu turut berkongsi mesej dan nasihat 'comel' yang dititipkan oleh bapanya.

Dia menyifatkan bapanya seakan-akan mengamalkan konsep ‘love yourself’ kerana mengingatkan diri sendiri supaya berhati-hati.

Kredit: Threads @syiruhhh_
Kredit: Threads @syiruhhh_
Kredit: Threads @syiruhhh_

Rupanya mesej 'hati-hati' itu buat anaknya

Namun, di sebalik mesej ringkas ‘hati-hati’ itu terselit maksud yang lebih manis apabila pesanan tersebut sebenarnya ditujukan buat anaknya.

Bapanya hanya mahu memastikan anaknya berada dalam keadaan selamat ketika dirinya tiada di rumah, malah turut berpesan supaya pintu rumah dikunci dengan sempurna serta pagar turut dikunci bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Kredit: Threads @syiruhhh_