Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Minta Pandangan Kereta Rosak, Jawapan Abah Buat Ramai Terdiam

Kereta rosak
Kredit: Threads @aliiqbal.azli

Minta Pandangan Kereta Rosak, Jawapan Abah Buat Ramai Terdiam

Hubungan antara seorang abah dan anak sememangnya sering diwarnai dengan pelbagai momen yang sukar dilupakan.

Ada masanya penuh dengan nasihat yang serius, ada juga ketika dipenuhi gurauan spontan yang membuatkan suasana bertukar ceria.

Walaupun cara mereka berkomunikasi kadangkala ringkas dan bersahaja, setiap kata yang diucapkan oleh seorang ayah sering membawa makna tersendiri.

Tidak kira sama ada berkaitan hal kehidupan, pekerjaan mahupun perkara kecil dalam rutin harian, pandangan seorang abah sering menjadi tempat anak-anak mencari pendapat dan mendapatkan kepastian.

Sebab itulah, setiap kali berlaku sesuatu yang tidak dijangka, ramai anak akan terus teringat untuk mendapatkan pandangan daripada insan yang paling berpengalaman di rumah.

Namun, ada kalanya jawapan yang diberikan bukan sahaja di luar jangkaan, malah cukup mencuit hati sehingga membuatkan sesiapa yang mendengarnya terus terdiam dan tidak mampu menahan ketawa.

Minta pandangan kereta rosak

Baru-baru ini, perkongsian oleh seorang pengguna Threads @aliiqbal.azli, mencuri perhatian ramai.

Lelaki itu memaklumkan kepada keluarganya bahawa keretanya mengalami kerosakan dipercayai akibat enjin yang terlalu panas.

Dalam masa yang sama, dia turut meminta pandangan daripada kedua ibu bapanya mengenai tindakan yang perlu diambil seterusnya.

Bersama perkongsian itu, dia turut memuat naik tangkap layar perbualan dalam kumpulan WhatsApp keluarga yang memaparkan reaksinya selepas memaklumkan kejadian tersebut.

Kereta rosak pon abah suruh tanya ChatGPT...

Di sebalik si ibu yang pada awalnya risau dengan keadaan anaknya yang mengalami kerosakan kereta, suasana tiba-tiba menjadi lebih ringan apabila muncul jawapan sang ayah yang cukup ‘unexpected’ dan mencuit hati.

"Ambil gambar, lepas itu tanya ChatGPT, share maklumat.

"Kancil 650 manual tahun 2014, apa dia cakap," tulis abahnya dalam kumpulan keluarga tersebut.

Threads @aliiqbal.azli

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui terhibur membaca balasan sang ayah.

“Sabar jelah ya,” komen seorang warga maya.

“Halah HAHAHAH,” seloroh seorang lagi, jelas terhibur dengan perkongsian tersebut.

“HAHAHAHA, sabar je lah,” tulis netizen lain yang turut tidak dapat menahan gelak dengan situasi berkenaan.