Siakap Keli

PKPB: Pekerja Sektor Awam, Swasta Bahagian Pengurusan & Pengawasan Di Zon Merah Diarah Bekerja Dari Rumah Berkuat Kuasa 22 Oktober

Menteri Kanan Pertahanan , Datuk Seri Ismail Sabri melalui sidang media hari ini memaklumkan bahawa pekerja-pekerja di sektor awam dan swasta bahagian pengurusan dan pengawasan di Zon Merah diarah bekerja dari rumah berkuat kuasa pada 22 Oktober.

“Mesyuarat hari ini telah pun memutuskan bahawa pekerja-pekerja di sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pengawasan tidak perlu hadir ke pejabat dan mereka boleh bekerja dari rumah

“Ini bagi mengurangkan pergerakan pekerja yang terpaksa bekerja kerana kilang-kilang dibuka seperti biasa di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Sabah.

“Untuk memutuskan rangkaian COVID-19 di kawasan PKPB ini, kita mengurangkan pergerakan pekerja. Difahamkan dengan keputusan ini, 1 juta pekerja dapat dikurangkan daripada bekerja di pejabat dan juga sektor-sektor industri dan perkilangan” katanya.

Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat seperti bahagian yang terlibat dalam urusan kewangan yang membuat bayaran, pengurusan, penguatkuasaan dan kebajikan.

“Saya mengarahkan supaya majikan-majikan mengeluarkan surat pelepasan bagi pekerja-pekerja untuk bekerja dari rumah,” ujarnya lagi.

Tambahnya, arahan bekerja dari rumah ini akan berkuatkuasa bermula pada 22 Oktober.

Perincian mengenai jenis pekerjaan, prosedur operasi standard dan sebagainya akan dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam waktu yang terdekat.

 

BACA: “Geram Je Aku Dengan Mekdi Ni,” Burger Daging Menu Baru Dari McD Bikin Panas? Ramai Yang Tak Sabar Nak Cuba

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Sofea

There's always another side to every story